Berita & Iklan
 












 

 
 


BELI kereta PERODUA!
Kadar faedah rendah

3.50%
...............................................
 



Webmail service untuk
ahli
kereta4u

 


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0
Unported License

 
 

 

 

Program Pelupusan Kereta
.................................................................................
KLIK DI SINI untuk pertanyaan lanjut
 


RM5,000 - insentif pelupusan

Pelanggan yang ingin membeli kereta baru PERODUA, dengan mengambil kesempatan tawaran insentif pelupusan sebanyak RM5,000, boleh bertindak  SEKARANG!

Ini adalah program pelupusan dan bukan tukar beli (trade-in).  Pihak Perodua tidak akan membayar lebih daripada insentif RM5,000 yang telah ditetapkan. Sekiranya kereta lama anda bernilai lebih daripada RM5,000, anda adalah dinasihatkan untuk memilih opsyen tukar beli (trade-in) kerana ia lebih menguntungkan anda.
 
 

Bagaimana saya menuntut insentif pelupusan RM5,000?

  • Anda perlu memiliki sebarang kereta (buatan & model) yang berusia melebihi 10 tahun ke atas;
  • Pemilik mesti mengemukakan kad pendaftaran kenderaan yang sah;
  • Hanya sah bagi kenderaan bukan perdagangan;
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara sukarela;
  • Kenderaan mesti mempunyai cukai jalan sah dan masih beroperasi;
  • Kenderaan mesti tidak lagi berhutang dengan bank;
  • Kenderaan mesti tidak disenaraihitam dan bebas dari sebaran saman (Jabatan Pengangkutan Jalan/Polis Trafik);
  • Kenderaan mestilah bebas dari kes-kes polis;
  • Baucer dan program ini sah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak;
  • Pemilik kenderaan perlu membawa kenderaan bagi pemeriksaan Puspakom (untuk sijil B2) dan pengesahan pemilikan;
  • Mendapatkan rekod carian butiran kenderaan daripada JPJ bagi mempastikan kenderaan yang hendak dilupus tidak disenaraihitam dan bebas daripada sebarang saman (JPJ/Polis);
  • Baucer boleh dipindahmilik antara ahli keluarga (suami, isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik) dengan mengemukakan dokumen pengenalan yang sah.
 
 
 

Apa akan terjadi jika kereta saya yang berusia lebih 10 tahun berniali lebih daripada RM5,000?

  • Jika kereta anda bernilai lebih daripada RM5,000, anda dinasihatkan memilih opsyen tukarbeli (trade-in).

Bolehkah saya melupuskan beberapa buah kereta lama untuk satu model baru Perodua?

  • Tidak.  Insentif ini hanya membenarkan seseorang pemilik kereta lama itu menukar/melupus satu kereta untuk mendapatkan baucer RM5,000 bagi pembelian sebuah kereta baru Perodua sahaja.

Isteri/anak saya tidak memiliki sebarang kereta lama yang melebihi usia 10 tahun. Bolehkah saya memindahkan baucer pelupusan kepada mereka untuk membeli kereta baru Perodua?

  • Ya boleh.  Baucer boleh dipindahmilik kepada ahli keluarga terdekat dengan mengemukakan dokumen pengenalan yang sah dan dengan mendapat keizinan secara bertulis daripada anda.

 

 

|   Model Kereta   |   Senarai Harga   |   Promosi   |   Kalkulator   |
 |   Hubungi Kami   |  
Laman Utama   |

 

 
©2005 www.kereta4u.com                 Privacy Policy